SyazAna♥
The Penulis



[Assalamualaikum]

”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?




Akhirnya saya bebas dari PK 1 :'')
Thursday, 22 March 2012 | 8:56 pm 0 mengayat
Senangnya dalam hati bila dah habis exam . 
Oh seperti dunia , ana yang empunya . Hahaha .

Ceh, sukanya hati tu macam dah habis SPM .
Cakap pasal SPM, semalam result SPM keluar kan? abang kita yang last tu pun amik jugaklah .
And congrats keyh ! Lepasni dapatlah makan free lagi . huhu

PK 1 kali ni menutup tirai dengan subjek Sejarah . Jyeahh (Y)
Sejarah adalah last paper . Memang mencatat Sejarah  pon lah . *tangan di bahu, mata ke atas

Pentaksiran Kurikulum 1 :

Bahasa Melayu :
Bm kertas 1 bolehlah . ala-ala je . Tapi kertas 2 tu karangan berpandukan bahan rangsangan tu susah sikit .
Ada ke patut dia bagi isi yang susah nak hurai ? Terkebil-kebil aku seorang diri  memikirkan macamana nak buat huraian . dahlah 120 patah perkataan je .
Gua paling benci karangan yang nak kena had-had patah perkataan ni .
Benci ==' .
Macam nak sekat otak aku daripada mengeluarkan idea-idea yang lagi bernas  tahu tak ?

Bahasa Inggeris:
Bi kedua-dua paper boleh dikatakan quite easy lah jugak .
Tarik nafas lega bila bi essay dia tak delah susah mana . Well, aku kan lemah kalau nak tulis essay ni .

Agama Islam:
Agama Islam sederhana susah lah . Cuma ada bahagian sirah tu aku tak baca sangat . dah tak boleh jawab .
Tapi yang tak boleh tahan nya bila dia tanya topik form 1 yang paling susah tu .
Topik yang paling susah ! 
Aku pun apalagi tulis-tulis, capai correction tape .
Tulis lagi , amik lagi correction , dah macam hape . Last -last gua pangkah je X .
Soalan dia susah sangat wei . Form 1 bahagian aqidah tahu ?
Lainlah kalau tilawah ke, akhlak ke, ibadat ke , takpelah jugak .

Sains:
Haha . Sains , ILEBIULAH sains . Masa cuti aku tak baca pon Sains wei, pagi tu nak exam aku baru baca .
Paper 1 + Paper 2 = Sederhana susah .
Sebenarnya aku tengok senang je soalan dia . tapi disebabkan aku tak baca kan .
Tanggung lah kau akibatnya .

Kemahiran Hidup:
Kh pon sederhana senang . Cikgu Muni yang buat soalan . Kalau cikgu Shuib yang buat macam tahun lepas memanglah . ~ gigit jari . susah gila wa cakap lu .

Geografi:
Geo pon sama . Sederhana senang . Yoyo or lah aku ni mencari benang + jangka tolok sebab cikgu kata kena guna . Last-last hampeh . guna protector jeh .
Kawan aku siap  bawa satu buku benang tau . 

Matematik:
Paper 1 dengar-dengar ramai jugak yang tak siap . Ya, aku pun nyaris-nyaris tak siap . Aku tak sempat semak wei . Time cikgu nak kutip tu aku baru perasan aku tak buat soalan yang aku skipped .
Masa tu aku hitamkan je lah yang mana patut . Redha saja .
Aku pun tak tahu apa sebabnya aku tak siap . Mungkin sebab jam kelas tak berfungsi .
Plus, aku pun tak pakai jam . Tapi aku dah  kira-kira dah.
Kalau cikgu BM dah masuk maknanya masa menjawab tinggal 5-10 minit jeh .
Paper 2 pulak bolehlah ~ ada yang susah,susah sangat, ada yang senang, senang sangat .
Fair and square kan ?

Sejarah:
Sejarah cikgu kata form 1 keluar bab 1-6 .form 2 bab 1-2. aku pun study lah form 1 punya .
Sebab aku fikir form 1 60% . form 2 40% .
Tapi bila tengok paper sejarah tu . 20% je form 1 . Selebihnya form 2 .
Shitt betul . penat je aku recall balik apa yang aku belajar masa form 1 dulu .
Tak guna . Nasiblah aku boleh jawab jugak tadi sebab soalan dia senang .

Kesimpulannya , soalan PK1 kali ni senang . Mungkin sebab cikgu nak selamatkan kitorang daripada pengetua agaknya . Form lain tak tahulah . tapi soalan form 2 memang kacang jugak lah .

Lepas ni bolehlah online .dalam seminggu  aku tak online . tak ke rasa macam tak seronok je?
Lagipun nak ganti balik cuti hari tu . Yelah cuti-cuti buat revision . apadaaaa.

Honestly, cuti hari tu aku tak sempat pon study semua subjek . Ada lah berapa ketul je yang aku study .
Bukan apa, tak sempat study . Aku ni lembap sikit study .
Sebab aku study bukan nak menghafal tapi nak faham . Kalau aku hafal je tapi tak faham ,
bagi lah soalan senang pon tak tentu aku boleh jawab . Kalau faham, Insyaallah bagi apa soalan pon boleh jawab .

Esok tinggal Sivik dan Seni je . Who cares about sivik and seni ? Sivik tak payah baca pon tak pe .

Dan sekarang ni tengah cari-cari bahan untuk periksa seni esok . tengok lukisan -lukisan . apa teknik yang digunakan .
Aku ni bukannya ada bakat dalam seni-seni ni . Lain lah kalau orang memang dah ada anugerah yang Tuhan beri tu . Setiap hasil seni mereka , pasti memukau mata setiap orang yang memandang .


Ok . minggu depan mungkin dapat kertas . fuhh, takut wei .
Takut bm dapat B, takut bi dapat B,takut Ag dapat B, takut Sn dapat C, takut KH dapat B, takut Geo dapat B,takut Mt dapat B dan takut-takut Sj dapat B .
Korang tahukan target aku apa ? Aku tahu mungkin susah . tapi apasalah kalau berharap . aku dah usaha sedaya upaya cuma tak semaksima mungkin .
Harap-harap .

*Esok datang-datang je sekolah bolehlah terus tidur . Almaklumlah, aku kan orang paling awal datang sekolah antara kelas aku lah . Tak jadi orang pertama , kedua . Tukar-tukar je .
Selama 4 hari ni asyik datang-datang je hadap buku . Kau hado ?
Kbai !
Cikgu  ERT baru kita , cikgu lelaki ? OMG . *nganga besar-besar sampai lalat masuk


Older Post | Newer Post