SyazAna♥
The Penulis



[Assalamualaikum]

”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?




Wish you have a great holiday .
Monday, 12 March 2012 | 2:47 am 2 mengayat
half and full
An awesome trio . Amazing siblings

Ok . Dah 2 hari cuti aku baru sedar yang sekarang ni dah masuk cuti sekolah .
Kebosanan terperap di dalam rumah yang menyebabkan aku tak sedar sebenarnya. Aku tak rasa macam cuti sebab cuti penggal 1 ni digunakan untuk membuat ulangkaji semata-mata nak selamat dalam PK 1 .
Siapa yang tak gentar dengan 1 G 1 R ?
Tapi Sejarah , kalau dapat C pun nak kena rotan . 

Sejarah? Siapalah aku? Aku bukanlah otak sejarah . Nak hafal kesemua sejarah-sejarah tu .
Hafal . Ingat . Dan jangan lupa lagi . Susah gila .
Biasanya aku cepat sangat lupa walau dah aku baca berulang kali . Haha.
Ini baru Sejarah belum bermain lagi dengan angka-angka dalam Matematik dan fakta-fakta dalam Sains.
Tiga-tiga subjek atas tu memang aku lemah gila-gila . 
Kena maksimumkan usaha aku untuk itu baru boleh tercapai hasrat nak dapat A tuh . 

Ok stop lah pasal tu. aku sebenarnya tak suka kalau time tengah berblogging, bertwitting, berfesbuking tiba-tiba ada orang sebut-sebut pasal study, exam, buku and semua yang berkaitan dengan 'sekolah'.
Termasuklah 1 G , 1 R .
1 gagal 1 rotan atau boleh dipanggil 1 gagal 1 rembatan kencang oleh pengetua. 
Ok. tak masuk akal gila . =='

Hey, tapi harini aku sendiri nak cerita pasal ' sekolah ' . Karma .

Daripada mula sesi persekolahan 2012 ni aku tak pernah serius .
Duduk pulak dekat-dekat dengan kawan sendiri memang masyukk ah .
Fokus . Tumpuan . 
Semua hilang entah kemana . Janji pada diri sendiri untuk belajar bersungguh-sungguh entah kemana aku campakkan . Mungkin ke dalam lubang tandas agaknya .

Seminggu sebelum cuti ni nampaklah jugak budak kelas aku nih bersungguh-sungguh gila buat revision . Terutama budak duduk yang duduk sebelah aku ni . Serena .
Mungkin aku patut bersyukur sebab cikgu mix kan kami . Kalau tak mungkin aku akan duduk dengan bestie yang sekepala aku tuh sampai akhir tahun.
Serena ni diam . Aku pun kalau tak jumpa gu , diam jugak . Tapi kalau jumpa klik , memang lah.
Habis semua keayuan aku .
Duduk dengan Serena ni mungkinlah menyelamat kan aku jugak daripada terjerumus dalam kancah kevandalisma di dalam kelas . Ya . Susah wei nak berhenti cakap kalau duduk sebelah bestie .
Ada saja perkara yang menjadi topik perbualan . Macam-macam .

Serena pegang nota Sejarah , Sains and whateverlah . Aku pulak pegang lirik lagu Soldier by Bunkface .
Ah, aku rasa macam aku dengan dia langit dan bumi .
Seorang budak yang nerd dan budak yang hardcore. Eh.eh, btw dia tak nerd lah. 
Dia pendiam sebab tu nampak macam nerd .
Hardcore? Ya, budak yang sangat tak takut dengan examination . Juga 1 G 1 R 'mungkinlah' .

Dan cuti aku kali ni tidaklah menarik mana. Takde pergi jalan-jalan mana pun. Cuma duduk rumah.
Revision . Astro Ceria. Angry Bird. Twitter. Blog. Facebook.Revision . Astro Ceria. Angry Bird. Twitter. Blog. Facebook.Revision . Astro Ceria. Angry Bird. Twitter. Blog. Facebook.

Ulang-ulang perkara sama .
Lama-lama membosankan jugak . Dan mungkin buku-buku aku kena ada . Astro Ceria. Angry Bird. Twitter. Blog. Facebook.
Barulah aku rasa seronoknya belajar. Dan akan menjadikan mengulangkaji pelajaran  ni sebagai satu hobi.

''Kalau nak, ada jalan . Kalau tak nak, ada alasan''

Tulah antara kata-kata semangat yang pengetua aku ungkapkan masa perhimpunan dua minggu lepas agaknya. Masa ganti sekolah tu .
Kata-kata tu bagaikan satu tamparan buat aku . 

Aku banyak memberi alasan daripada mencari jalan .
Aku kena berubah . Ya . Aku kena pusing 360 darjah .180 darjah dah cukup agaknya .

Ok. ok . Aku nak cari protector aku nak tahu aku kena pusing belah mana nak cari 180 darjah tu .

Kbai !

'Selamat Bercuti ya '





Older Post | Newer Post