SyazAna♥
The Penulis



[Assalamualaikum]

”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?




Seribu kali sayang = )
Sunday, 13 May 2012 | 3:55 am 3 mengayat


Tanggal 1 Oktober 1998 , hari Khamis , detik 7.45 malam , lahirlah seorang bayi perempuan yang diberi nama Nur Syazana bermaksud Cahaya Kecergasan . Si ibu begitu gembira teramat sangat melihat wajah suci bayi perempuannya itu . Menangis , berteriak menggegarkan seluruh ruang di bilik itu seakan ingin beritahu sang ibu , anakmu telah lahir .

Sang bapa pula hanya mampu berdoa di saat-saat isterinya sedang gering mahu bersalin. Mulutnya tidak leka daripada menyebut nama Allah . Mohon agar selamatkan bayinya , dan juga isteri tercinta . Mudah-mudahan semuanya lancar.  Sang bapa begitu gembira apabila diberitahu isterinya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan . Sang bapa lantas memanjatkan kesyukuran ke atas Ilahi atas anugerah yang tidak terhingga .


Jururawat menyerahkan bayi kecil itu kepada sang bapa untuk diiqamatkan . Sang bapa begitu teruja kerana kali pertama mengiiqamatkan bayi, selama ini dia sudah mengazankan tiga bayi lelaki  .
Ya , tiga putera , satu puteri . Syukurlah kali keempat , Allah kurniakan pasangan itu anak perempuan .
Sang ibu teringin benar mahu menimang bayi perempuan .
Pastinya kelahiran itu membawa makna yang besar bagi mereka .  

Beberapa tahun kemudian , membesar lah sang anak menjadi kanak-kanak perempuan yang ceria .
Masuk 7 tahun, masuklah sang anak ke alam persekolahan .
Hari pertama persekolahan , sang bapa yang menghantar . Sang anak menangis tak mahu ditinggalkan sang bapa. Jenuh juga sang bapa memujuk . Tahun pertama, pelbagai ragam , pelbagai kerenah sang puteri bongsu mereka berikan . Jenuh juga melayannya . -.-

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun , puteri bongsu yang dahulunya 'gembing' ataupun 'kememey' telahpun mencecah usia 12 tahun .
Tahun terakhir di sekolah rendah juga merangkap tahun UPSR buat nya.
Semasa UPSR, sang anak menjawab kertas soalan dengan penuh keyakinan dan bersungguh .
Harapannya cuma satu, mahu banggakan ibu bapa . Itu saja .

11 .11. 2010 , keputusan UPSR pun diumumkan . 
Sang ibu begitu tidak sabar mahu tahu keputusan puteri bongsu nya itu .
Hatinya berdebar , jantungnya berdegup kencang . 
Dan Alhamdulillah , syukur yang tidak terhingga , Allah berikan rezeki buat mereka sekeluarga.
Sesunguhnya , Allah itu maha pemurah lagi maha penyayang.

Kini, puteri bongsu itu telah bergelar sebagai pelajar tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah yang terletak di tengah-tengah bandar.
Dahulunya puteri itu hanya kanak-kanak perempuan yang riang bermain , tertawa bersama rakan-rakannya. Tetapi, sekarang sudah menjadi remaja . 

Emak , orang dah besar dah sekarang . Dah tak cengeng macam dulu .
Sekarang , orang dah tahu nak bezakan baik dan buruk 
Emak, terima kasih sebab dah berikan didikan yang cukup sempurna untuk kami empat beradik .
Mungkin tempoh 19 tahun tu cukup lama untuk dihadam pahit, manis . 
Tapi sekarang , mak dengan abah dah lalui semua tu . Berjaya besarkan kitorang .
Tengoklah , sekarang ketiga-tiga anak teruna mak tu dah habis sekolah . Tengah sambung pelajaran.

Ya, cuma tinggal orang sorang je .
Tahun depan orang nak ambil PMR . Mak, jangan risau , orang mesti buat yang terbaik demi mak dan abah .
Mak, halalkan makan minum dari orang umur sehari sampailah orang dah besar panjang sekarang ni.

Sekarang dekat rumah tinggal mak , abah , orang , dengan achik je . Tu pun , 28/6  ni dia nak daftar matrik . 
Tinggallah orang sorang . Hemm, sedih sangat sebab dah tak dapat nak bersama sebagai satu keluarga macam dulu .
Sedih sebab malam-malam dah tak boleh nak main Saidina dengan abang semua.
Sedih sebab cuti sekolah pun , dah takde nak berkelah macam dulu . Pergi pantai, air terjun , pastu rehat kejap makan mihun goreng mak tu .
Sedih dah tak boleh nak main badminton petang-petang dengan abang .
Sedih sebab dah tak boleh nak tengok tv sama-sama.
Sedih sebab rumah yang penuh memori masa kami zaman kanak-kanak dulu dah kosong .
Rumah ni dah kurang dengar gelak ketawa kami semua . Dengar kami bergurau senda . Dengar kami berborak kosong . Dengar kami sorak bila tengok bola . Dengar abang kena marah dengan abah , dengar mak bebel . 

Banyak lagilah sebenarnya . Aku cuba nak keluarkan semua tu daripada kotak memori aku satu-persatu .
Malangnya , aku tak kuat . Aku tak tahan . Aku sedih ingat semua tu .
If I could return the past , I will return the moment when kita satu keluarga lepak depan tv malam-malam . 
Sememangnya , kita manusia tak dapat lari dari realiti . Masa berjalan .
Kita tak kan muda macam dulu lagi :''(
Sebab itulah hakikat yang sebenar . We have to face it . Sampai bila kita nak terlena dalam mimpi kita sendiri ?

Ya Allah terima kasih kerana telah menganugerahkanku seorang ibu,emak,ummi,mama, yang begitu penyayang .

Mungkin tiada sekeping kad Selamat Hari Ibu untuknya , mahupun chocolate .
Tetapi yang penting, doa aku untuknya selepas solat sentiasa akan mengiringi mereka .
Amin . Ya Rabbal Alamin .

Nampak tak entry ni penuh emosi? dan aku mungkin banyak salah tatabahasa . Maaf kalau ada .
See, aku tiba-tiba pulak tersyahdu . Mana taknya dekat fb, tv, twitter berlambak pasal hari ibu .
Dan saya pun tak terlepas daripada memiliki seorang insan yang begitu mulia yang bergelar EMAK .
SELAMAT HARI EMAK :'')

Mak, kaulah peneman hati ini tatkala aku berduka,
Yang sentiasa menjadi tulang belakang dikala aku terperangkap dalam kesulitan,

Yang sentiasa menjadi telinga , pendengar yang setia,
Tempat mengadu masalah dan amarah ,

Yang tak pernah letih , memerah keringat,
Menjalankan tanggungjawab dan membantu mencari nafkah tanpa mengeluh,

Walau serabut di tempat kerja,
Anak-anak di rumah tetap menjadi perhatian,

Tugasmu tidak pernah berhenti ,
24 jam sehari , memastikan anak-anak tidak ada cacat cela sedikit pun,

Memikul amanah suami, menjaga anak di rumah ,
Tidak sekali ia melawan .

Emak , itulah insan yang mulia darjatnya .
Melahirkan seorang pewaris juga khalifah.


Assalamualaikum . Doakan kejayaan saya dan kawan-kawan yang lain untuk exam 1/2 tahun ni ok .




Older Post | Newer Post