SyazAna♥
The Penulis



[Assalamualaikum]

”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?




Hanya Aku CInta Kau Seorang
Sunday, 17 June 2012 | 1:34 pm 2 mengayat
HaiHaiHai . Assalamualaikum .

Pagi Ahad yang membosankan . Forever alone dekat rumah . Parents, adik beradik semua takde .
Disebabkan bosan tahap gaban . Aku pun carilah hiburan sendiri . 

Buka Youtube . Search 'Hanya Aku Cinta Kau Seorang' 

Watching it's trailer . Read the synopsis . 

Okey, sebak jugak . Lagi-lagi baca sinopsis sambil dengar ost filem tuh . Sedih ceritanya . Tapi, kalau ikut umur , budak sekolah tak patut tengok cerita cintan-cintun ni . Tak sesuai . 

Sila tengok . Dah? Macamana ?. Opss, nah sinopsis.








Mengisahkan seorang wanita yang bernama MURNI yang sedang dalam kembara mencari 'soulmate'. Murni dipaksa oleh kawan baiknya, MUKHLIS dan STACY untuk mencari teman lelaki di dalam sebuah laman sesawang 'Meet Soulmate'. Walaupun Murni tidak mempercayai lelaki yang dikenali di dalam internet, namun kerana paksaan dia menurut. Murni sebenarnya menyukai Mukhlis, sahabat sehidup sematinya tetapi kecewa kerana dia menyangka Mukhlis homoseksual yang sedang bercinta dengan AYIM. Dengan galakan dari Mukhlis dan Stacy, Murni akhirnya menemui seorang lelaki bernama IQWAL. Murni menyenangi Iqwal, namun satu insiden telah menyebabkan Murni tersalah anggap yang Iqwal juga seorang homoseksual. Murni merasa sangat kecewa dan berputus asa terhadap lelaki, apatah lagi apabila dia mengetahui tentang kecurangan FELIX, suami Stacy. ZIZI, adik kepada Iqwal bersungguh-sungguk menjejaki Murni untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kerana dia mengetahui yang abangnya telah jatuh cinta pada Murni. Ketika inilah Ayim pula tampil dan menjelaskan pada Murni yang Mukhlis sebenarnya bukan songsang seperti yang disangkakan oleh Murni selama ini. Mukhlis amat mencintai Murni namun dia tak mahu berterus terang kerana dia takut akan kehilangan Murni.







Bagi aku, cerita ni memang best . Best ke? touching jeh lebih aku ni . Lagi-laagi, cuba tengok yang part 1:30 . Jarang sebenarnya aku nak layan cerita-cerita cinta macamni . Lagi-lagi, aku ni budak sekolah lagi kan . Novel pun aku tak layan sangat . But, once aku layan cerita tu . 
Maknanya memang bestlah . 

Tapi, tak bolehlah nak bagi 10 bintang lagi sebab aku belum tengok . Tak tahu ending dia macamana lagi kan?

So, jomlah tengok? Aku rasa Gegar Koko nanti nak cabut pergi KP / KM tengok cerita ni .
Kalau kawan aku on . Aku ikut jeh . Nak sangat tengok cerita ni.

Wait?! Budak sekolah boleh tengok ke? 

FIlem ni start ditayangkan 21 Jun , sama dengan Mael Lambung . Aku pun nak tengok jugak Mael Lambung . Macam best . Dah tengok dah trailer dia .Abang aku pun dah ajak tengok Mel Lambung ni . Tapi, 20 Jun dia dah kena balik sana :(

Hmm, konklusinya tengoklah keadaannya macamana . Kalau ada rezeki aku, bolehlah tengok dua-dua filem tu kan?

__________________________________________

Ini merupakan dedikasi khas buat Abah . Abah, selamat hari bapa. You know right I'really love you . You are my hero . Abah dah jalankan tanggungjawab abah dengan sempurna . Setiap detik , setiap saat kita bersama , aku hargai . Maaf, kalau selalu susahkan, sakitkan hati abah . Biasalah darah muda . Tapi,  abah dah berjaya lembutkan darah muda ni. Terima kasih atas segalanya . 
____________________________________________

Ok. Itu saja . Bye. Assalamualaikum :')

p/s: siap letak lagu tu lagi dekat blog . muehehehe





Older Post | Newer Post