SyazAna♥
The Penulis



[Assalamualaikum]

”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?




Muhasabah diri :'> Jom .
Saturday, 2 June 2012 | 2:40 am 0 mengayat
Penangan meng-online sampai 1 pagi ni buat aku nak post something .
Aku suka stay up sampai 2-3 pagi untuk online and watching drama . Ya, heaven gila .
Buat aku tenang dan ini juga satu treatment buat aku relaxkan minda .

Dan ada satu benda yang buat hati aku tersentuh tiba-tiba .
Haritu log in fb , ada terbaca satu status ni yg berbunyi :


dan ada lagi satu tweet ni dia cakap ;

Fasih speaking english boleh menjamin kerjaya dan dunia tetapi tidak akhirat .

*something like that lah dia cakap . Sorry sebab tak screenshot, cari-cari tapi tak jumpa.

Simple je kan ? tapi maksud yang mendalam. 

Dan bila difikirkan dan difikirkan dan difikirkan dan difikirkan lagi , ego aku yang tinggi melangit jatuh macam tu saja .

Ya, kita hidup bukan nak cari dunia je kan? Tapi, matlamat akhir kita akhirat .
Memanglah kalau kita ada education tinggi-tinggi , tapi hati kita kosong tak guna jugak .

Memang betul kalau kita pandai , kita berharta, ada pangkat tinggi-tinggi, orang pandang, dunia dalam genggaman je. Apa kita nak , kita boleh dapat tapi tu cuma dunia je .

Aku tak cakap jangan belajar tinggi-tinggi , malah aku galakkan .
Kalau umat Islam berpelajaran tinggi, berpengetahuan luas, bukankah boleh meningkatkan imej Islam dia mata dunia?
Cuma dekat sini aku nak bahaskan tentang kaya di dunia tak semestinya juga kaya di akhirat .
Bahagia di dunia tak semestinya bahagia juga di akhirat .
Dapat tak apa yang aku cuba nak zahirkan?

Kita pergi sekolah , Subuh tinggal sebab bangun lambat .
Seriouslah, memang aku rasa tak tenang . Aku rasa kosong . Bila aku rasa kosong, aku cepat panas baran . Ego aku menggunung .
Perkara yang sepatutnya OK, jadi tak kena di mata aku .
Itu pengalaman aku lah .

Aku akur kita manusia tak pernah sempurna setiap masa . Mesti ada je silapnya .
Tapi, kita bolehkan perbaiki diri kita setiap masa?

Dunia dan hiburan memang tak boleh dipisahkan . Hiburan , contohnya televisyen, radio, dan ya blogging ni pun hiburan . Eh, korang taulah apa tu hiburan. Entertainment.

Dan kalau kita nak kejar sangat hiburan ni memang lah sampai bila-bila tak habis .

Okay, aku bagi contoh .
Sekarang ni aku pakai phone baling anjing je , lepastu keluar yang ada function kamera, aku pun beli , then, yang ada 3 G, aku pun tukar, lepastu keluar pulak yang touch, aku tukar, keluar blackberry, aku pun tukar, keluar pulak i phone, aku pun tukar lagi dan lagi . Taktahulah masa depan keluar yang jenis apa pulak. 
Dan aku pun tukar-tukar sampai lebammmm ._. .
Nampak tak permainan dia?

See, kita tak kan larat lah nak kejar 'hiburan dunia' ni. 

Dan aku tak suruh pulak korang duduk dalam gua dan buat ibadat je dalam tu tanpa teknologi juga hiburan .
Cuma, kadang-kadang hiburan tu boleh melalaikan kita daripada mengingati-Nya .
Jadi, berpada-padalah .

Aku pun tak menafikan teknologi ni banyak kebaikannya, contohnya Youtube .
Kalau korang buka Youtube , korang searchlah ceramah . Cari ustaz-ustaz yang betul .
Sebab kalau nak belajar mesti berguru dengan guru yang betul. Kalau tak nanti berguru dengan syaitan . #fact
Dengan teknologi kita boleh dapat ilmu . Ada juga faedahnya.

Emm, it's my opinion je . Bukan niat aku aku nak berlagak pandai . Tidak sama sekali nak mengeji .
Aku jahil . Aku sendiri banyak dosa ini pula nak mentarbiahkan orang. Aku cakap benda yang simple je tak rumit pun . Benda yang kita boleh sama-sama fikirkan guna hati .

Kalau ada sesiapa yang terguris, aku susun sepuluh jari minta maaf .
Aku juga buat salah . Kalau aku buat silap, tegur-tegurlah aku . Aku terima dengan hati yang terbuka .
Bak kata pepatah, besar tapak tangan, nyiru ditadahkan :'>

Assalamualaikum dan selamat beramal . #ceh comel je 
Lupa, JOM MUHASABAH DIRI :'')




Older Post | Newer Post