SyazAna♥
The Penulis



[Assalamualaikum]

”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?




Tolonglah baca
Friday, 15 June 2012 | 7:01 pm 0 mengayat
Tajuk entry bajet nak suruh orang baca je : C kuikuikui

Sebenarnya plan minggu lepas nak post entry pasal aku hang out dengan abang aku pergi tengok wayang cerita bohsia 2, then photoshoot dekat tasik putih , bakar ayam dekat kebun and blablablablablabla . %^&*&

Tapi, disebabkan hw bertimbun dan sekolah akan dibuka . Aku pun tergopoh-gapah dah macam beruk nak siapkan hw tuh . Seriously , sampai 1-2 pagi aku jaga semata-mata nak buat hw .
Last minute baru sedar .

Bila dah seminggu berlalu ni rasa dah malas nak post pasal tu balik . Haha .
Jangan risau ada story lagi aku nak cerita lah .



So,aku nak cerita pasal result . RESULT .
Ahamdulillah, dah dapat check dah . Akhirnya, usaha aku check hari-hari berbaloi jugak .
Kecewa juga bila nak check dia cakap ' Maaf, maklumat belum dikemaskini' .

Kini, aku syukur dengan apa yang aku dapat tapi aku takkan pernah puas  untuk majukan diri aku sendiri .
'Hidup adalah satu perlumbaan ' Eh, tetiba aku ingat ayat prof virus 3 idiot tu .
Lagi-lagi , bila tengok chinese dalam kelas aku tuh . Seringkali, asyik mereka yg conquer tempat pertama . Markah paling tinggi untuk setiap subjek boleh dikatakan chinese . Even, Sejarah .
Ok . Takda unsur perkauman dalam statement ini .
In class, we are one family .
Kami bersaing secara sihat . Insyaallah .

Baru sekarang aku nampak hikmah semua peristiwa yang berlaku tahun lepas.
Ya, aku dah nampak . Aku nampak sangat .
Aku dah masak dengan semua tu .

Tak kiralah kita duduk kelas manapun, duduk kelas belakang ke depan ke . Kita semua ada potensi untuk maju . Aku pernah rasa semua tu . Orang pandang kita sebelah mata macam kita bodoh sangat . wteverlah . aku malas nak emo doh.

Keputusan kali ni aku puas sebab ada peningkatan . Syukur sangat-sangat . Terima kasih, Ya Allah.
Aku terkejut bila tengok balik Kedudukan Dalam Tingkatan . Mungkin kebetulan.
Contoh : PK 1 , 63/257 mid year, 36/257 .
Nampak tak apa yang kebetulannya? no dia terbalik . Tapi ni bukanlah kedudukan aku dalam tingkatan yang sebenar. Jangan percaya .

Harini dapat markah Pj . dan dalam sejarah aku dapat A. Serious, aku tak baca pun PJ tu . Memang skema lah kalau aku baca . Aku pun terkejut beruk gila  gaban . Seni pun sama, kau tahulah tangan aku bukan tangan seni , lukis garisan pun macam ular kena palu . Orang kata , kecik-kecik dulu tak bedung .

Kalau boleh buat pilihan aku nak transferkan markah PJ dan Seni tu dekat subjek yang aku dapat B ..  Muehehehe . setikayy ni budak semua pandai-pandai belaka, slack sikit , turun peraatus sikit kau kena tendang . Kedudukan turun banyak walaupun cuma sikit je perbezaannya.

Dah. Puas lah cerita pasal result exam ni .

Minggu ni ada sesuatu yang kau perlu tahu kenapa aku kadang-kadang termenung , kadang-kadang sengih tetiba macam kerang busuk .

Kalau tak silap hari Selasa . Ya, hari Selasa lah bermulanya semua simtom pelik aku tuh .
Gara-gara dia . Aku agak terkejut dan pelik dan terkesima dengan semua perkara yang berlaku .

Then, esoknya pulak dia still lagi terserempak aku . Reaksi aku? Gelabah .
Act, aku kenal dia siapa. Aku benar-benar kenal dia .
Bila difikirkan balik bongok je aku asyik fikirkan peristiwa tuh .

Tak . aku tak cakap aku batakkan dia . Tak juga benci . It just kind of new interactions for me .

After this, kalau ada apa-apa lagi aku roger-roger lah .

Maaf. Aku bukan taknak berkongsi dengan korang . Tapi ini terlalu privasi . Ok?
Chill.


Bye, Assalamualaikum.



Older Post | Newer Post