SyazAna♥
The Penulis



[Assalamualaikum]

”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?




Selamat Kembali ke Dunia Blogging :']
Tuesday, 9 October 2012 | 11:44 am 0 mengayat

Hai . Assalamualaikum semua :']

Err, agak kekok di situ sebab aku dah 2 bulan tak update blog . See, dah bersawang dah . Hambek !

Entahlah, tetiba rasa macam rindu nak tulis entry, rindu nak luah perasaan kat sini .
Dan disebabkan perasaan rindu yang agak mendalam itu, aku pun pergilah kat blogger.com /
Kononnya nak tulis entry lah . Tapi, aku lupa pulak email untuk blog nih .
Sedihnya :'/

But, harini try punya try . Alamat email tuh terpacul semula di minda aku . Hee, sukanya .

Nak bagitahu ni, harini budak-budak dah start PMR .
Tahu apa? aku tak sekolah harini . Sebab demam . Ya,aku tak tipu ni . Sila percaya ;D
Esok pon tak sekolah lagilah nampaknya sebab esok memang form2 semua dicutikan .

Final exam dah semakin hampir . Start 17 Oktober , 7 hari lagi tuh . Gila kentang . Aku baru study Sejarah , tu pun masih tersisa beberapa bab yang belum habis .
Hmm, kalau boleh aku nak dapat straight A's tu . Aku nak kekal dekat Era 1 .
Aku taknak perisitiwa masa awal tahun tu berulang lagi . Lagipun, tahun depan PMR .
Aku mesti kekal dekat Era 1 . Jadi  penghuni kelas 3 Era 1 yang pertama .

Walaupun, yang sebenarnya aku dah cukup muak dengan budak laki kelas aku .
Tapi, takpe demi masa depan akan ku ketepikan rasa muak itu .
K, skemanya ayat =='

Hmm. tahu apa? Harituh hari jadi aku . Hari Isnin minggu lepas . Tanggal 1 Oktober .
Macam biasa, aku pergi sekolah .
Then, datang sekolah letak beg, tunggu Atty and Noreen datang . Sembang-sembang , buat hw yang tak siap lagi .
Buat kecoh dekat Jalan Kerek . Semuanya macam biasa .
Tapi, sampai je Ami , dia terus tarik tangan aku .
Then, dia hulur kotak . Dalam tu ada marhmellow tau ! Siap ada tulis L.O.V.E :D
Kotak tu aku still simpan tau.

Esoknya, 2 Oktober 2012 .
Aku datang sekolah dengan hati yang gundah-gulana .
Haritu lambat jugaklah aku datang tak macam biasa . Letak beg , terus tidur .
Sebenarnya , aku tak tidur pon . Tapi, menangis . Sebab apa? Aku lupa.

Then, terdengar suara elly tau . Dia kejut aku then dia bagi janjan yang aku suka .
Lepastu , dia wish aku kat luar kelas .
Masa tuh aku masih mamai sikit la, then tetiba Aisha baling bedak kat aku .
Terkejut sebenarnya . Habis budak hostel punya bedak .
Tapi, bagus jugak baling bedak , wangi sikit . Hihi =)

Kiranya , tuh hari paling bahagia lah buat aku .
Ada jugak yang bagi aku kad . Wan dengan Aisha . Kad dyorang tuh pun aku still simpan .

Well, HAPPY BIRTHDAY TO ME :D

417223_2448017897616_2025464090_n_large


Tulah gunanya kawan ;
Dikala kita sedih, dia ada untuk menceriakan hari kita .
Dikala kita menangis, dia ada untuk menyeka air mata kita .
Dan dikala kita susah, dia ada untuk membantu .

Bye. Doakan aku dapat jawab dengan baik untuk final exam yang akan berlangsung pada 17 Oktober 2012 tau . ILY.


Older Post | Newer Post