SyazAna♥
The Penulis



[Assalamualaikum]

”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?




Ada budak nak masuk asrama
Sunday, 2 December 2012 | 7:59 pm 0 mengayat
Assalamualaikum. Hai

Asrama? Semuanya start daripada aku tweet begini :



Seriously aku memang betul-betul ada masalah nak cari transport untuk tahun depan.
Bagi korang mungkin small matter je. Tapi hakikatnya tulah .
Tahun ni aku balik sekolah tumpang orang. Sepatutunya naik van, tapi tetiba pak cik tu tak amek pulak. Terus menghilang. Haihh

Dahlah susah nak cari van yang pergi STK area aku. Kalau belah bandar sana, tmn Intan, tmn Saujana banyak. Bas pon banyak . Hmm ._.

Aku dah cerita belum dekat korang yang aku balik jalan kaki sume tuh? Belum eh? 
Okay, mai dekat sikit. Nak habaq story .

Ceritanya macamni, pada suatu hari, saya ada latihan perbarisan. Balik pukul 4lebih kot tak ingat.
Masa nak balik tu serious memang takde siapa amik. Aku kan tumpang ami.
Tapi, dia dah balik sebab tak stay sekolah macam aku.
So, saya pun dengan buntu tak tahu nak buat apa. 

Saya dengan nekadnya pon nak balik  jalan kaki .
Dari STK redah jejantas, lalu depan KP. Lalu depan bus stand.
Ikut kg Melayu . Lintas jalan besar. Berjalan dekat tapak pasar malam Kg.Melayu.
Then, ingatkan nak ikut shortcut. Konon pro sangat. Saya pun masuk lah jalan tikus.
Tetiba, saya sesat. Tak tahu dekat mana. 

Jalan pon tak familiar. Rumah pon tengok lain macam, tak pernah nampak.
Aku takut . Serious talk. Dah lah penat gila lepas habis perbarisan, kena jalan dari stk ke Kg.Melayu.
Lutut dah lenguh . Kaki dah lenguh . Dahlah air pon habis. Fuh-fuh.
Time tu saya baca ayat Kursi bebanyak je supaya tak pengsan kat situ.

Jalan punya jalan, sesat punya sesat. Akhirnya, saya berada di belakang pasar awam Kluang .
Aku bersyukur sangat . Atleast, aku tahu kedudukan aku sekarang dekat mana.
Teringat yang dekat luar pasar ada public phone.
Aku pun redah dari pintu belakang pasar tuh masuk pasar, walaupun bau busuk . Terpaksa redah.
Nasib baik pintu pagarnya buka. Aku boleh keluar terus pergi dekat public phone.

Dengan berbekalkan 40 sen di tangan, aku pun mendail no mak aku dan bagitahu semuanya.
Then, telefon abah. Abah dah balik rupanya daripada tadi. Kalau tahu, tak perlu susah-susah nak menapak.
Adalah dalam 7 minit kot tunggu, then abah sampai. Huh, lega.
Balik terus lepak. Bebel?Memanglah kena bebel pon kalau dah buat kerja gila . haha
Itu sajalah ceritanya.

Dan lepas arep suggest duduk asrama . Aku terus terfikir asrama? Why not aku duduk asrama kan?
Tapi, tulah aku risau jugak tahun depan PMR and kalau aku tak dapat nak sesuaikan dengan suasana kat asrama tuh macamana?

Tapi kalau tengok balik, aku rasa aku akan lebih baik kalau duduk asrama.
I mean aku taklah mengadap twitter ni lagi 24/7 , mungkin kuranglah buat parents aku tersinggung kalau duduk asrama, makan cukup, ada kawan tak lonely-lonely lagi,tak tinggal solat, berdikari sikit dan paling penting dah takpayah nak pening-pening nak cari transport lagi ...

Lagipun, kalau balik sekolah pon hari-hari home alone jek.
Balik rumah takde orang, makan panas lauk sendirik ,makan, tidor .
Haishh ~
Dahlah 2 orang abang akutuh dah sambung study . Sunyi tau tak sunyi!

Dan lepas fikir punya fikir aku KOMFEM lah nak masuk asrama.
Aku kena rajin sikit.

Ya Allah, semoga keputusan yang aku ambil ni tepat dan baik untuk aku . Amin :')
__________________________________________________________________

Tahniah buat Malaysia sebab layak ke separuh akhir dan menang lawan Indonesia 2-0 semalam.
Semoga Malaysia buat yang terbaik nanti bila lawan Thailand pada 13/12 nanti.

Tahniah Farizal Marlias dan yg lain-lain tuh :D






Older Post | Newer Post