SyazAna♥
The Penulis



[Assalamualaikum]

”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?




Balik kepada fitrah
Friday, 6 December 2013 | 6:26 pm 0 mengayat
Hanya mampu melihat
Melihat dari jauh
Tatkala manusia lain tersenyum gembira
Sekali gus melenyapkan segala kgelisahan jiwa
Arghh bilalah aku nak rasa seperti mereka
Hidup bahagia macam mereka
Punah.

Tatkala yang lain sedang seronok
Sedangkan aku
Di sini... terperuk sepi bersama bayangan kesedihan
Sekali lagi aku bertanya
Mengapa aku diduga dengan sebegini cubaan
Oh tuhan, mengapa aku.

Entah bila agaknya aku dapat hidup macam mereka
#tamparpipisendiri

Pelik kan...
Tapi tulah yang aku buat sejak akhir-akhir ni bilamana merasa iri hati dengan kebahagiaan orang lain
Buang tebiat agaknya


Huh
Tiba-tiba teringat yang Allah SWT tidak akan menguji hambaNya melainkan ia kuat untuk hadapinya.
Yup memang betul pun. Kalau aku tak kuat dengan semua ni, mungkin aku dah gila
Lagipun mana ada manusia yang perfect, bila aku perhati balik sekeliling
Kalau orang tu ada lebih satu, mesti dia akan ada kurang satu
Contohnya, dia takde ramai kawan dekat sekolah tapi dekat rumah dia dikurniakan keluarga bahagia 
begitu juga sebaliknya (contoh)
Nak je aku cakap semuanya tapi tak bolehlah, nanti kang buka aib orang 




Ujian itu datang bersebab
Salah satunya untuk mendekatkan diri kepada Allah
Betul, selama ni kita jahil seronok lagha dengan duniawi ni saja
Kemudian ditimpa dengan musibah.. Siapa yang kita cari..
Allah kan?
Alhamdulillah juga bila kita diberi sakit
Kata orang, sakit tu penghapus dosa
Ustaz pun ada cakap barangkali dengan sakit tu kurang sikit kita melakukan maksiat
Kalau kita diberi penyakit darah tinggi, hikmahnya mungkin kita dah kurang marah-marah orang tak tentu pasal
Bila kira balik manis kan ujian tu sebenarnya 
Ujian juga boleh bagi tamparan yang hebat buat kita juga sebenarnya

Seterusnya, ujian itu mematangkan kita 
Yalah mana taknya ujian tu membuatkan kita berfikir macamana kita nak selesaikannya
Kalau masalah tu datang kerana kesalahan kita sendiri, kita dapat belajar supaya tak ulangi kesilapan kita tu lagi
InsyaAllah 
Semua benda yang kita lalui hari demi hari sedikit sebanyak memberikan asam garam dalam hidup kita


Makin lama kita ni makin tua, makin banyaklah pengalamannya dalam menempuh hari-hari sukar

Jangan lupa Allah , jangan lupa baca Al-Quran
InsyaAllah kita akan tenang

Seronok mana kita dekat dunia ni,
Ingat akhirat jua kita akan tuju,

Baguslah kalau dekat dunia ni kita seronok beribadah kerana kita yakin janji Allah tu pasti,
Syurga Neraka tu wujud, Dosa Pahala tu dicatit malaikat.
InsyaAllah kita akan rasa seronok nak kejar redha Allah tu

Jangan tinggal solat
Dah banyak sangat nikmat yang Allah beri ni,
Solat 5 waktu tu lah tandanya kita bersyukur dengan nikmat Allah
Jangan jadi orang yang sombong.

#ingatan #buat #diri #sendiri #tak #lain #tak #bukan #nak #sedarkan #diri #sendiri #je #yang #dah #banyak #melakukan #maksiat #lupa #diri #sombong #bongkak #itulah #aku 

p/s : lagipun blog ni pon bukan ada yang baca, aku yg type maknanya untuk aku sendiri lah hihi ^^.

p/s lagi: manatahu nanti satu hari aku hanyut dibuai nikmat duniawi ni, aku baca balik post ni aku tersedar . Harap-haraplah :)







Older Post | Newer Post